Tentang Kami

Cuckoo International (Malaysia) SDN BHD baru bertapak di Malaysia. Tahukah anda mengenai sejarah syarikat Cuckoo?

SEJARAH SYARIKAT

Syarikat Cuckoo Electronics Co. LTD bermula di Gyeongsangnam-do, Korea Selatan. Ianya ditubuhkan pada 15 November 1978.

KINI..

Jumlah keseluruhan pekerja Cuckoo Electronics Co. LTD sekarang ialah seramai 600 orang. Jumlah jualan tahunan adalah sebanyak USD500,000,000.00! 

Antara produk utama ialah pemasak nasi elektrik, penapis air, pemasak tekanan tinggi elektik. Jumlah jualan kesemua produk ialah 3.2 juta unit setahun.

Di Korea Selatan, produk jenama Cuckoo sudah menjadi pemain utama untuk peralatan elektrik dapur. Sehingga sekarang, Cuckoo sudah menguasai 74% untuk pasaran yang berkaitan dengan produk Cuckoo, berbanding jenama lain.

YA, Cuckoo adalah satu jenama yang sangat popular di Korea. Menurut kajian, 99.3% (daripada sampel kajian) tahu mengenai jenama Cuckoo berbanding jenama pesaing lain. Ini kerana pihak Cuckoo Korea sangat agresif dalam membuat pemasaran. Jenama Cuckoo sering muncul di iklan dan drama TV di Korea.

Bagi pasaran global, Cuckoo sudah berada di 25 buah negara di seluruh dunia. Ini termasuk di 9 buah negara Eropah, 3 negara di benua Amerika dan 10 negara Asia.

Kami amat komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan kami. Kami akan berusaha untuk membekalkan teknologi yang tekini demi menjamin gaya hidup yang lebih sihat.

Kami menggabungkan elemen CINTA, KEBAHAGIAAN, EMOSI dan REKABENTUK dalam produk kami.